Tutup

Ekosistem belia lebih penting dari insentif "one off" - Saddiq

Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan penyediaan peluang pekerjaan serta rumah mampu milik yang terkandung di dalam Belanjawan 2020 akan lebih mebantu belia. Ini berbeza dengan insentif sekali bayar atau one off yang diberikan oleh kerajaan terdahulu. Ujarnya, kepentingan menyediakan ekosistem yang membolehkan para graduan mampu mendapat pekerjaan berkualiti serta menyara keluarga selepas tamat pengajian itu lebih penting.