Eksklusif: Suspek warga Nigeria ada akses rumah sewa Siti Kharina

Polis mengesahkan suspek utama warga Nigeria mempunyai akses kepada rumah yang disewa oleh Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd Kamarudin. Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat, suspek Aliwajuwon Gilbertalowonle, 30, telah menyewa bersama Siti Kharina di sebuah unit Kondominium Third Avenue di Cyberjaya sejak Januari tahun ini.