Tutup

Ekspo Halal Malaysia 2019 intai potensi pasaran di Jepun

Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) mensasarkan potensi jualan RM50 juta melalui 300 sesi padanan perniagaan dan 20 pembeli dari Jepun sempena penganjuran Ekspo Halal Malaysia 2019 MHE 2019. Menterinya, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof, berkata ekspo yang bakal berlangsung pada 24 hingga 26 Januari 2019 itu bertujuan memastikan industri halal Malaysia dapat meneroka pasaran jepun menjelang Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan Sukan Paralimpik Tokyo 2020.