Tutup

Eksport minyak olein sawit ke India dijangka terus merosot - Shamsul

Kerajaan menjangkakan akan berlaku pengurangan dalam eksport minyak olein sawit bertapis dari Malaysia ke India dalam jangka masa terdekat. Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin berkata ia susulan tindakan Kementerian Kewangan India mengenakan duti perlindungan sebanyak lima peratus ke atas minyak olein sawit bertapis dari Malaysia yang akan berkuatkuasa bagi tempoh enam bulan iaitu sehingga Mac 2020.