Tutup

Elak jangkitan denggi selepas musim perayaan

Kerajaan menasihatkan orang ramai peka terhadap gejala dan tanda demam denggi kerana daripada pemantauan, wabak itu lazimnya akan meningkat selepas musim perayaan. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata orang ramai yang mempunyai tanda demam denggi seperti demam, sakit otot dan tulang, ruam, sakit di belakang mata serta sakit kepala harus mendapatkan rawatan segera.