Elaun pelajar praktikal: Utamakan belia, bukan keuntungan

Sektor korporat digesa tidak terlalu memikirkan keuntungan sehingga mengabaikan kebajikan pelajar institusi pengajian tinggi yang mengikuti latihan praktikal dengan tidak membayar elaun kepada mereka. Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menekankan kepentingan pemberian elaun kepada pelajar praktikal terutamanya mereka yang berasal daripada keluarga berpendapatan terendah B40 dan M40.