Empat cadangan diterima berkaitan majlis media

Kementerian Komunikasi dan Multimedia sudah menerima empat cadangan berkaitan penubuhan majlis media dan mesyuarat mengenainya akan diadakan pada 21 Jun ini. Menterinya, Gobind Singh Deo berkata kerajaan tetap mengulangi komitmen bagi menzahirkan penubuhan majlis media pada penghujung tahun ini.