Empat individu diminta serah diri kerana merusuh

Polis meminta empat lelaki termasuk seorang Datuk Seri yang diburu kerana merusuh di sebuah pusat hiburan di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur pada 3 Mei lalu untuk tampil menyerah diri. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pihaknya juga telah dihubungi oleh peguam kepada Datuk Seri yang terlibat dalam kes itu.