Empat jenayah jadi undang-undang Malaysia jika Statut Rom diratifikasi

Empat jenayah antarabangsa iaitu pembunuhan beramai-ramai, jenayah perang, jenayah kemanusiaan dan pencerobohan akan dijadikan sebagai undang-undang tempatan sekiranya Malaysia meratifikasi Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC). Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah memaklumkan selepas diratifikasi, ia harus dijadikan sebagai undang-undang negara sama ada menerusi pindaan akta sedia ada atau mewujudkan akta baharu, tanpa memerlukan sebarang pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan.