Video  |  Malaysia

Empat keluarga terima bantuan baiki kediaman

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Itulah yang terpaksa ditempuhi empat keluarga yang hidup dalam keadaan serba kekurangan di Kampung Limbong, Dungun. Kemiskinan itu juga menyebabkan mereka tidak mampu menyekolahkan anak-anak dengan hidup tanpa bekalan elektrik dan menggunakan air perigi.