Empat lemas ketika bercuti di Pantai Tok Bali

Percutian empat keluarga sempena sambutan Tahun Baru Cina berakhir tragedi bila empat daripada mereka ditemui lemas ketika mandi di Pantai Tok Bali, Pasir Puteh Kelantan. Dalam kejadian sekitar pukul 10 pagi itu, sekumpulan kanak-kanak dari empat keluarga berkenaan bermain di gigi air di pantai berkenaan sambil diperhatikan ibu bapa mereka.