Empat notis amaran dikeluarkan kepada peniaga premis makanan di Kangar

Empat notis amaran dikeluarkan Jabatan Kesihatan Perlis kepada peniaga premis makanan di Kangar yang masih gagal mempamer logo larangan merokok. Operasi yang dijalankan itu turut mendapati masih ramai perokok yang gagal mematuhi arahan larangan merokok dalam radius tiga meter di tempat makan.