Enam GRO warga asing ditahan dalam serbuan pub di Subang Jaya

Polis menahan tujuh GRO warga Thailand dan Filipina dalam serbuan ke atas sebuah pub di Subang Jaya pada Jumaat malam. Ops Noda yang dilancarkan Ibu Pejabat Kontinjen Selangor turut menemui dua pekerja warga Bangladesh tanpa permit kerja sah yang bersembunyi di dapur pusat berkenaan.