Enam keluarga Kampung Mohd Amin dilanda banjir kilat

Enam keluarga membabitkan 34 mangsa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) selepas kediaman mereka di Kampung Mohd Amin dilanda banjir kilat. Kesemua mangsa ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Nong Chik, Johor Bahru.