Enam kertas siasatan dibuka sepanjang tempoh PRK Sandakan

Sebanyak 12 laporan polis dan enam kertas siasatan sudah dibuka sepanjang tempoh penamaan calon sehingga tamat kempen malam tadi di Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen P 186 Sandakan kali ini. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah berkata, daripada jumlah keseluruhan kertas siasatan yang dibuka, satu daripadanya adalah melibatkan kes mendakwa pihak tertentu memberi wang kepada pengundi.