Enam pendaki sesat di Gunung Tampin selamat ditemukan

Enam pendaki yang dilaporkan sesat semasa mendaki Gunung Tampin petang semalam, ditemukan selamat pada pagi Ahad. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata bomba yang menerima laporan pada 5.12 petang Sabtu dan tiba di lokasi pada 5.41 petang.