Tutup

Enam penumpang berjaya selamatkan diri dalam kebakaran bas

Tentunya pulang ke kampung halaman bukan sesuatu yang mudah. Ramai yang harus tempuh kesesakan berjam-jam demi bersama keluarga tercinta di kampung halaman. Lain pula cerita enam penumpang bas ini. Mereka terkandas ketika dalam perjalanan ke Kajang, kerana bas yang mereka naiki hangus terbakar. Begitupun, mereka bernasib baik kerana tindakan pantas dua pemandu bas itu berjaya menyelamatkan nyawa mereka daripada menjadi sebahagian daripada catatan tragedi Aidilfitri.