Erti sambutan Hari Raya Aidilfitri kepada 500 Orang Asli di Kemaman

Bulan Ramadan sudah menghampiri penghujungnya. Kini umat Islam sudah mula sibuk membuat persiapan untuk menyambut hari lebaran. Kemeriahan Syawal itu juga turut dirasai kira-kira 500 Orang Asli suku kaum Semak dan Jakun di Sungai Pergam, Kemaman yang rancak membuat persiapan hari raya.