ESSCom akan distrukturan semula tangani ancaman Abu Sayyaf

ESSCom akan ada penyusunan dan penstrukturan semula dari segi penempatan pasukan keselamatan negara yang melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata ini berikutan ancaman kumpulan Abu Sayyaf yang dipercayai berpangkalan di Jolo, Sulu terhadap kepulauan di timur Sabah masih tinggi.