ESSCom distruktur semula, tambahan aset

Kawasan keselamatan khas pantai timur Sabah (ESSCom) akan distruktur semula bagi meningkatkan lagi keselamatan di pantai timur Sabah. Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, Majlis Keselamatan Negara (MKN) sedang berbincang mengenai keputusan itu, termasuk usaha memperoleh peralatan tambahan bagi memantapkan tugas pasukan keselamatan di bawah ESSCom.