ESSCOM gagalkan cubaan seludup rokok bernilai RM464,800

Pasukan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) berjaya mengagalkan cubaan menyeludup rokok bernilai hampir setengah juta ringgit di Kalabakan, Sabah. Cubaan menyeludup rokok seludup itu dipatahkan pasukan batalion 17 Pasukan Gerakan Am (PGA) di jalan Tawau-Kalabakan pagi tadi.