Exco Perak perlu bercuti? Guan Eng tunggu siasatan polis

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng masih menunggu siasatan polis berhubung dakwaan merogol pembantu rumah warga Indonesia oleh salah seorang pemimpin parti itu di Perak. Jelasnya, beliau telah berbincang dengan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan bersependapat supaya isu tersebut diserahkan sepenuhnya kepada pihak polis.