Tutup

Facetime bantu pelajar PT3 raih semua ?A?

Kecanggihan teknologi banyak dilihat memberikan kesan negatif, terutama di kalangan golongan muda. Tetapi tidak bagi dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma, Alor Setar, apabila mereka menjadikan aplikasi Facetime sebagai alternatif baharu bagi mengulangkaji pelajaran. Hasilnya, Nur Syaza Edrina Mahamad Zaki dan Sofea Irdenna Annuar berjaya memperolehi keputusan cemerlang semua A dalam pentaksiran tingkatan 3 (PT3) yang diumumkan pada Khamis.