Faktor Aiman wakil kerajaan satu kelebihan untuk PRK Semenyih

Pengundi Semenyih diharap dapat memberi sokongan kepada calon Pakatan Harapan Muhammad Aiman Zainali, berdasarkan faktor anak muda berusia 30 tahun itu mewakili kerajaan. Menurut Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin, ia sekaligus beri jaminan bahawa agenda pembangunan di kawasan itu dapat dilaksanakan dengan mudah.