Tutup

FAMA sasar RM5 juta sempena musim buah tahun ini

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyasarkan nilai jualan sebanyak RM5 juta menerusi Program Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) yang diadakan sempena dengan musim buah-buahan tahun ini. Pengerusi FAMA, Ishak Ismail berkata, sehingga Jun lalu, FAMA berjaya mencatatkan jualan sehingga RM3.5 juta menerusi JTDL berbanding hanya RM3 juta pada tahun sebelumnya.