Fasa akhir kenal pasti penerima subsidi petrol bersasar

Kerajaan kini di fasa akhir bagi kenalpasti penerima yang layak terima subsidi petrol bersasar yang akan dilaksanakan suku kedua tahun ini. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata perkara itu adalah hasil beberapa siri perbincangan bersama pengusaha stesen minyak dan persatuan pengguna.