Felcra agih dividen RM306.94 juta kepada lebih 67 ribu peserta

Felcra Berhad (Felcra) mengumumkan pengagihan dividen berjumlah RM306.94 juta kepada 67,881 ahlinya di seluruh negara bagi 2017. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dividen itu akan dibayar kepada peserta bermula hari ini.