Tutup

Fenomena air pasang besar di pantai Nerus curi perhatian

Fenomena air pasang besar di Pantai Sebarang Takir yang lebih terkenal dengan jolokan Miami Beach, Kuala Nerus mencuri perhatian pengunjung. Tinjauan Astro AWANI di kawasan tersebut mendapati orang ramai memenuhi kawasan itu bagi menyaksikan fenomena air pasang besar secara dekat. Situasi itu juga turut menjadi perhatian para pengunjung yang datang bercuti ke negeri pantai timur itu.