Tutup

Fenomena belalai air muncul di Langkawi

Penduduk di kawasan Telaga Habour Park, Langkawi gempar apabila belalai air atau sengkayan bersaiz besar melanda kawasan itu pada Rabu. Kejadian berlaku ketika keadaan cuaca hujan beserta angin kencang kira-kira jam 11.30 pagi. Fenomena terbabit dikatakan berlaku dalam tempoh kira-kira 10 minit yang datang dari arah laut menuju ke kawasan darat sebelum lenyap dari pandangan.