fenomena El Nino, La Nina, jerebu tidak melanda Malaysia tahun ini

Malaysia dijangka mengalami cuaca baik sehingga hujung tahun ini biarpun berlaku fenomena El Nino dan La Nina, berikutan bacaan suhu normal pada permukaan Lautan Pasifik. Fenomena cuaca melampau itu menyebabkan keadaan kemarau akibat cuaca panas dan taburan hujan luar biasa.