Fenomena gerhana 'Bulan Berdarah'

Di seluruh dunia, para pengkaji bintang memerhati ke langit pada Jumaat malam hingga awal pagi Sabtu untuk melihat sekilas gerhana bulan terpanjang abad ke-21 yang berwarna merah atau dikenali Bulan Berdarah. Gerhana bulan berlaku apabila bumi terletak selari di antara matahari dan bulan. Ini bermakna cahaya matahari disekat oleh bumi dan bulan meneruskan bayangannya.