Tutup

Fenomena La Nina: Kelantan ambil langkah khas

Sekretariat Pengurusan Bencana Alam Kelantan mengambil beberapa langkah sebagai persediaan mendepani fenomena La Nina serta kemungkinan hujan lebat yang berterusan sehingga boleh menyebabkan banjir seperti yang dilaporkan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar pada Rabu. Menurut Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, JPAM Kelantan, Zainuddin Hussin, jabatan itu yang bertindak sebagai sekretariat mempunyai jaringan kerjasama dengan pelbagai agensi keselamatan dan memiliki aset yang mencukupi bagi menghadapi sebarang kemungkinan.