Tutup

Feri terkandas gara-gara bahan buangan tersangkut pada kipas

Pukat hanyut dan sampah-sarap yang dibuang ke laut dipercayai penyebab utama kejadian feri yang dalam perjalanan ke Langkawi kadang-kadang tergendala apabila bahan buangan itu tersangkut pada bahagian kipas feri. Menurut Pengurus Operasi Ferry Line Venture, Leftenan Bersara Baharin Baharum berkata telah berlaku beberapa kes membabitkan feri tersangkut sepanjang tahun ini.