Tutup

Festival Kraf Tekstil Borneo 2019 sasar jualan RM500,000

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya menetapkan jualan RM500 ribu di dalam Festival Kraf Tekstil Borneo 2019 kali ini. Menterinya, Datuk Mohamaddin Ketapi berkata festival yang berlangsung di pusat membeli-belah Suria Sabah, Kota Kinabalu itu turut dijangkakan menerima sambutan lebih 20,000 orang daripada pengunjung luar dan dalam negara.