Fikir kesan pembangunan Kampung Baru - MAS

Penduduk Kampung Baru harus memikirkan kesan baik atau sebaliknya berhubung isu pembangunan kawasan itu sebagai penempatan moden dan bersepadu masyarakat Melayu di tengah bandaraya Kuala Lumpur. Setiausaha Kehormat Lembaga Pentadbir Penempatan Pertanian Melayu (MAS), Shamsuri Suradi berkata, kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad memerlukan perincian yang teliti dan terancang.