Tutup

Filem animasi negara banyak potensi, perlukan dana eksport

Pengarah dan penerbit Filem Boboboy Movie 2, Nizam Abdul Razak menyatakan hasrat agar Kerajaan dapat membantu industri animasi negara dalam menyalurkan dana bagi mengeksport produk-produk animasi tempatan ke pasaran luar negara. Beliau yang juga Pegawai Eksekutif Animonsta Studios berkata, animasi adalah produk yang mudah dieksport dengan cepat cuma kekangan kos yang menyebabkan hasrat itu terbatas.