Filem Upin dan Ipin Keris Siamang Tunggal angkat kisah rakyat

Setelah hampir 10 tahun mencipta fenomena dengan filem animasi 3 dimensi (3D) Geng: Pengembaraan Bermula, kini Les' Copaque tampil dengan naskah terbaharu buat para peminat iaitu Upin dan Ipin Keris Siamang Tunggal. Menurut penerbit filem tersebut, Burhanuddin Mohd Radzi melalui filem ini Les' Copaque cuba mengangkat kisah-kisah rakyat tempatan.