Filem Upin Ipin ditayangkan di China Mei ini

Filem animasi kembar nombor satu Malaysia, Upin & Ipin, bakal menembusi pasaran di China bulan Mei ini. Pengarah Urusan Les' Copaque Production Sdn Bhd, Burhanuddin Md Radzi berkata, pencapaian itu susulan kerjasama yang dijalinkan syarikatnya bersama persatuan industri animasi Beijing.