Firma penyelidikan pelaburan optimistik prestasi kewangan Astro

Empat firma penyelidikan pelaburan utama negara optimistik dengan unjuran prestasi Astro Malaysia Holdings Bhd susulan pengumuman keputusan suku pertama syarikat itu untuk tahun kewangan 2020. Firma MIDF Research dan Hong Leong Investment Bank menaik taraf penarafan mereka kepada beli, manakala Maybank IB Research mengekalkan penarafan beli dan KENANGA memberi penarafan "outperform" kepada saham Astro.