Fitnah kedudukan kewangan, pendeposit TH meningkat

Orang ramai diminta tidak menyebarkan khabar angin mengenai Lembaga Tabung Haji -TH yang akan bankrap sehingga tidak mampu membayar bonus atau dividen kepada pendeposit. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom kecewa dengan khabar angin tersebut memandangkan ia boleh mengugat keyakinan masyarakat terhadap institusi milik umat Islam itu.