Tutup

Fokus Hari Ini 8 Malam: Amaran peringkat merah & bekas Menteri Kabinet dipanggil SPRM

Gelombang kedua banjir dijangka melanda Pulau Pinang, Utara Perak, Kedah dan Perlis petang ini. Setakat ini mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan daerah Seberang Perai Tengah. Bilangan mangsa banjir di pusat pemindahan daerah Seberang Perai Tengah (SPT) meningkat kepada 2,119 orang awal pagi ini. Angka itu bertambah berbanding 1,944 orang malam tadi, dipercayai susulan air pasang besar tengah malam tadi dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM panggil seorang bekas Menteri Kabinet bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan kontrak penyelenggaran sebuah universiti tempatan di Sabah bernilai RM43 juta. Laporan lanjut HI8 dan astroawani.com