Fokus Hari Ini 8 malam: Bayi maut kini jadi kes bunuh, radius pencarian diperluas

Radius pencarian sembilan lagi kru kapal korek pasir diperluas kepada 360 batu nautika berbanding 200 batu nautika pada Sabtu. Polis menukar kertas siasatan kes kematian seorang bayi perempuan yang dipercayai didera di Manjung, semalam kepada kes bunuh. Pintu sempadan di Kompleks Kastam, Imigresen Dan Kuarantin (CIQ) Bukit Kayu Hitam yang masa ini beroperasi 24 jam 6 pagi hingga 12 tengah malam perlu diperkemaskan lagi bagi membendung aktiviti penyeludupan. Semuanya di Astro AWANI saluran 501.