Fokus Hari Ini 8: Pendakwaan perlu kumpul bukti & rampasan terbesar pil kuda di Perak

Mahkamah Majistret Sepang menetapkan 30 Mei untuk sebutan semula kes dua warga asing yang dituduh membunuh Kim Jong-Nam selepas pihak pendakwaan memohon tempoh bagi mengumpul bukti. 180 ribu biji pil kuda dengan nilai RM3.6 juta dirampas dan dua lelaki ditahan. Ia hasil serbuan polis Perak ke atas sebuah rumah di kawasan Felda Sungkai Selasa lalu. Laporan lanjut Hari Ini 8 Malam, Astro Awani di saluran 501.