Fokus pembangunan luar bandar, elak migrasi

Pembangunan luar bandar perlu diberi perhatian sewajarnya untuk membawa golongan b40 dan m40 keluar dari masalah kos sara hidup yang meningkat. Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UPM, Prof Madya Dr. Yusof Saari pembangunan luar bandar yang dimaksudkan adlaah melalui sektor pertanian dan memperkasa industri kecil dan sederhana. ?Kita perlu risau kadar populasi penduduk di bandar lebih 70 peratus, lebih tinggi berbanding populasi di bandar-bandar lain di serata dunia kerana faktor migrasi. ?Kalau kita terus biarkan ia berlaku, kita akan menghadapi masalah (perbandaran) nanti. Kalau tidak mahu perkara itu berlaku adalah dengan cara pembangunan luar bandar,? katanya dalam temu bual program Agenda Awani.