Tutup

Forest City Golf Resort tawarkan pengalaman pelancongan golf sebenar

Dengan keluasan padang seluas 172 eka serta memiliki piawaian antarabangsa, ia menjadikan Forest City Golf Resort di Gelang Patah Johor sebagai salah satu pemacu dalam merancakkan industri pelancongan golf di negeri itu. Menawarkan padang golf 18 lubang serta dilengkapi landskap tiga dimensi yang serba baharu, padang golf klasik Forest City itu bukan sahaja menjadi tumpuan para penggemar golf tempatan malah penggemar golf antarabangsa.