Formula Rumah Idaman diharap bantu pemilikan rumah

Kerajaan Negeri Selangor berharap dapat mengetengahkan formula terbaik untuk membantu rakyat di negeri itu memiliki rumah, menerusi Projek Rumah Idaman. Ini kerana kerajaan menyedari faktor pendapatan antara penyebab yang menyumbang kepada kesukaran orang ramai, khususnya pembeli rumah pertama, untuk mendapatkan pinjaman dari institusi kewangan.