Forum Ekonomi Dunia WEF ASEAN

Diskusi hangat bermula di Hanoi Vietnam untuk mencari jawapan kepada bagaimana rantau ASEAN dapat menjuarai kebangkitan revolusi perindustrian. Inisiatif Forum Ekonomi Sedunia Atau WEF, peringkat ASEAN 2018 dihangatkan dengan permulaan rancak diskusi forum terbukanya yang dipanaskan oleh dua tokoh Malaysia. Astro AWANI selaku rakan WEF ASEAN melalui timbalan ketua pengarang Astro AWANI Kamarul Bahrin Haron rumuskan tiga perkara yang perlu anda tahu untuk hari pertama.