Forum PRK Sandakan: Sayangnya hanya calon Bebas sedia berforum - Bersih

Forum Sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Sandakan anjuran Bersih hanya akan menyaksikan penyertaan tiga calon Bebas iaitu Hamzah Abdullah, Sulaiman Abdul Samat, Chia Siew Yung. Bersih2.0 (Sabah) dalam satu kenyataan hari ini berkata calon DAP dan PBS tidak dapat hadir kerana menurut kedua-duanya, mereka telah mempunyai jadual yang padat dan tidak dapat diubah.