Tutup

Funatic Fiesta: Man Utd vs Liverpool

Bahang pesta merah malam ini semakin terasa. Apa yang dimaksudkan adalah pertemuan dua musuh tradisi Liga Perdana Inggeris, Manchester United dan Liverpool, yang dinantikan bukan saja penyokong dua kelab itu tetapi, peminat bola sepak seantero dunia. Dan seperti biasa, Funatic Fiesta malam ini akan mengalu-alukan penyokong kedua dua belah pihak untuk menonton perlawanan gergasi bola sepak inggeris ini.