Tutup

Gabung PAS, UMNO: Tun M tolak tawaran Tok Mat

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menolak pelawaan Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk membentuk kerajaan baharu bersama dengan PAS. Menurutnya, Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum, perlu wujud kerajaan yang merangkumi masyarakat majmuk dan tidak hanya terdiri daripada kaum tertentu semata-mata.